Tuesday, June 19, 2012

Kembara Prihatin ke Kampot, Cambodia (Bahasa Malaysia)

Apabila saya mendapat tahu Adam telah menjadi tetamu blog (guest blogger) Eyriqass, saya pun apa lagi; terkinja kinja hendak mengikut jejak langkah dia (stalker tuh). Dengan muka tidak tahu malu, saya pun bertanya kepada Eyriqass boleh tak sekira nya, saya menjadi tetamu blog yang pemes & fofular nih. Melihat kesungguhan saya menempek mecalonkan diri sendiri, akhirnye Eyriqass pun bersetuju.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah berkenaan kembara saya yang terkini mengikuti Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) ke Kampung Kes yang terletak di Kampot; Phnom Penh, bumi Cambodia. Objektif misi Kembara Prihatin ini adalah untuk membantu penduduk miskin beragama Islam di pendalaman Phnom Penh; aktiviti yang dijalankan adalah :

1. Kem Medik
2. Pembaikpulihan Masjid
3. Kelas Menjahit
4. Kelas Solat
5. Kelas Bahasa
6. Pembinaan telaga dan pam air

Dengan harapan misi ini dapat menolong penduduk kampung berdikari dan membantu kaum keluarga.
Air kolah yang digunakan di masjid.

Kelas bahasa.
Kelas menjahit.

Sepanjang beradanya saya disana, terdapat beberapa perkara yang saya amati;

1. Kurang kesedaran kebersihan
2. Kurang pemahamam kesihatan
3. Kurang batuan dari segi wang ringgit atau barangan; dan akhir sekali
4. Kurang didikan pengetahuan seperti buku pembelajaran atau buka cerita di dalam bahasa Malaysia atau Inggeris

Kehadiran kami adalah untuk cuba sedaya upaya membantu penduduk Kampung Kes sepanjang kehadiran kami disana. Mereka yang turut membantu dalam misi ini terdiri daripada guru sekolah merangkap ahli PPIM, penuntut UNIKL dan juga UiTM serta doktor dari HUSM. Dengan itu, kami dengan berbesar hati mengharap bantuan yang sedikit ini dapat membuka peluang serta menolong penduduk keluar dari kemelut kemiskinan ini.
Kem medik.

Pembaikpulih masjid.

Anggota PPIM yang memasak lauk kawah untuk penduduk tempatan.

Madrasah yang PPIM bantu

Telaga & pam air.

Kanak-kanak kamoung Kes di Kampot.

Selama ini, kembara saya ke segenap pelusuk negara adalah untuk melihat keindahan alam, kota-kota lama, adat dan adab masyarakat serta tidak lupa juga kesan peninggalan sejarah. Tapi atas pelawaan makcik saya, hati saya terbuka dan merasakan perlu adanya keseimbangan hidup dalam pemilihan tempat lawatan saya dimasa depan. Tak kan nak seronok-seronok saja kan. Setelah melihatan kedaifan mereka, terasa insaf untuk lebih menghargai kehidupan dan pemberian tuhan.

Sepatah kata mak cik saya…

Kepayang tumbuh di batu,
Tumbuh di hutan mencelah-celah,
Ketitir melompat jatuh ke pasir;
Yang di rancang belumlah tentu,
Kita di bawah perintah ALLAH,
TADBIR tak dapat mengatasi TAKDIR.

Rencana ini boleh juga di dapati di blog Eyriqazz - Great Teacher Onizuka.





No comments:







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...